Saturday, October 23, 2010

Hari ni rasa sunyi sangat

Amirah,
Entah kenapa hari ni terasa sunyi sangat. Petang tadi hujan turun dengan lebat.Saya termenung di balkoni dan memandang keluar. Saya lihat awan berarak dengan laju. Saya mula teringatkan awak. Entah apalah yang awak buat di sana. Adakah awak menjaga kesihatan awak dengan baik? Saya tahu dari Kak Lin yang awak sekarang kurang makan. Saya risau kesihatan awak terganggu. Bagaimana dengan PHD awak?Saya tahu saya menulis tanpa ada orang yang membaca tulisan saya ini. Jika tuhan membuka pintu hati awak untuk membaca tulisan ni, awak bacalah dengan hati yang terbuka.

Saya tahu, saya bertepuk sebelah tangan.Saya sedar saya tidak sebaik orang yang awak cintai sekarang. Saya juga sedar yang ilmu agama saya tidak tinggi. Namun saya amat sayangkan awak. Saya tahu awak tidak mungkin dapat menerima saya, namun dapatkah saya melupakan awak begitu sahaja?  Awak adalah wanita pertama yang bertakhta di hati saya. Kak Lin cakap saya bodoh kerana menanti awak, tetapi saya tak fikir begitu kerana Allah tahu saya ikhlas. Allah juga tahu yang saya berniat baik pada awak.


Amirah,  saya tunggu awak.  Saya tunggu sehingga saat itu tiba apabila pintu hati awak terbuka untuk saya.

1 comment:

  1. mngkin die bkn dtkdirkan tuk kamu..lpekan jela c die..d lua cne rmai lg bunga2 yg mngkin lbey bek dr die dan lbey layak untuk kamu..sape thu kn..

    ReplyDelete