Sunday, October 24, 2010

Adakah email2 saya dibaca?

Amirah,  hari ni hari Isnin. Bosan rasanya kerja semenjak awak tak ada kat ofis. Hari-hari saya tengok tempat duduk awak.  Setiap kali itu juga hati saya rasa sayu. Kenapa saya jadi macam ni sedangkan saya tahu awak tak pernah memikirkan langsung tentang saya. Kalau dulu saya selalu mengambil peluang untuk tengok awak semasa awak pergi solat kat surau.  Tapi kini semua tu dah tak ada lagi.  Amirah, setiap solat saya sentiasa mendoakan agar awak mendapat kesejahteraan di sana.  Percayalah saya tak akan dapat melupakan awak.  Jika, suatu hari nanti, dia mengecewakan awak, saya ada di sini. Saya sentiasa menanti awak.....percayalah

No comments:

Post a Comment